26/05/2012

beratnye tanggungjawab lelaki....~

saat seorang lelaki melafazkan "aku terima nikahnya"..
maka segala tanggungjawab berserta amanah dari seorang bapa telah beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar suami..
bertapa syahdunya hati seorang wanita saat ucapan itu dilafazkan oleh seseorang yang bakal menjaganya hingga ke hujung nyawa..menjaga pakainya, makannya, sakitnya, keperluannya..
kesemuanya telah pun bertukar dan beralih arah..
kini, segala perbuatannya telah pun menjadi tanggungjawab si suami untuk mendidik si isteri samada baik mahupun tidak..
tanggungjawab suami agar dapat mendidik si isteri supaya mengikut perintah Allah Taala...
menjauhi laranga dan mengikuti suruhan-NYA....
kadangakala, sebagai manusia yang serba kekurangan, mudah sahaja terleka dengan duniawi yang indah..
tanggungjawab untuk mendidik isteri seringkali dilupakan atau seringkali diambil remeh...
dewasa kini, kerap kali kita berjumpa dengan masalah rumah tangga yang tiada penghujungnya..
suami mencari kesalahan isteri, isteri menyalahkan suami..
ini sumua gara- gara kurangnya tanggungjawab suami kepada isteri tersebut..
melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada si isteri, sedangkan tugas isteri hanyalah melayan suami dan mendidik anak- anak..
si isteri mencari nafkah untuk keluarga, tetapi si suami hanya mencari nafkah untuk diri sendiri..
dimanakah keadilan si suami kepada kaum keluarga?????
sungguhpun si isteri membantu..seharusnya tanggungjawab memberi nafkah adalah tugas si suami..bukannya si isteri membanting tulang dari pagi sehingga sampai ke malam..
dimanakah kesedaran lelaki yang bergelar suami dan ayah dalam sesebuah keluarga??

hanya Allah Taala sahaja yang mampu memberikan hidayah kepada mereka ini..