08/02/2012

muncul semula???

perlu ke awak muncul semula dalam hidup saya???
hmmm..sebelum ni bukan maen awak hamun saya...~
perghhh...terus saya sentap dan berjanji saya tak kan cari awak lagi...
tapi sekarang, kenapa awak yang cari saya semula?????
untuk ape awak?????
sekadar mahu bertanya khabar???
tapi...untuk apa awak nak tahu tentang saya?????
semuanya dah lama berakhir...
awak bahagia dengan kehidupan awak...~
tapi, saya kehilangan segalanya kerana awak...
bukan mengunkit..cuma saya membangkit..~
membangkit tentang kehidupan saya yang kini sendirian, saya tak bahagia seperti awak...~
walaupun saya punya kawan- kawan yang memahami...
tapi,saya sunyi...sunyi dengan kehadiran seseorang yang boleh membahagiakan saya sampai bila- bila...
yang menjadi tanda tanya sekarang ni...
kenapa awak masih lagi mencari saya..sedangkan saya dah boleh melupakan awak, membiarkan semuanya berlalu dengan baik...
tapi..sekali awak kembali menganggu kehidupan saya...
saya jadi tak keruan...sebab terlalu memikirkan mengapa awak kembali mencari saya...
"seseorang yang awak pernah tinggalkan jauh pergi dari hidup awak" tanpa sebab awak tinggalkan saya...
kalaulah awak memahami deritanya, peritnya, kecewanya, hancurnya hati seorang perempuan...saya pasti awak tak kan pernah lakukan perkara tersebut sewenang- wenangnya...
jadi...saya rasa awak tak perlulah mencari semula "seorang perempuan yang awak benci" ni semula..~
biarkan seorang perempuan ini melupakan awak sebagaimana perginya sebuah kenangan berlalu dengan hembusan angin..~ tiada ulangan, tiada putaran seperti roda.....
yang mampu saya ucapkan adalah semoga awak berbahagia disamping orang baru...dan saya berharap orang yang baru tu mampu menjaga awak dengan sebaik- baiknya...


*saya dah pun delete awk pny no fon..dan maaf..saya tak kan menghafalnya sampai bila- bila*