19/11/2014

SAGU HONEY DEW SEDAP.


next post is abaout
SAGU HONEY DEW SEDAP..~Hihihihi

bahan- bahan:

1/2 biji honey dew - kupas & potong dadu
2 cwn susu segar
1 cwn susu sejat
6 sudu besar gula pasir
1 tsp esen vanilla
2 cawan kiub ais
3 sudu besar sagu (leh kaler ikut suka hati)

cara- cara nak masaknya:

1. rendam/ basuh sagu, kemudian masak sagu hingga kelihatan jernih...tapi... masa masak tu uolss bole letakkan pewarna ikut suke hati ye
2. tos dan basuh pada air mengalir ye.dan ketepikan.
3. masakkan susu segar, susu sejat dan gula diatas dapur,tapi tak payah sampai mendidih pon.cukupla setakat gula tu larut.angkat dan sejukkan pada suhu bilik
4. kisarkan buah, ais dan sedikit susu yg telah dimasak(lebih kurang 1 cawan)
5. campurkan bahan yg dikisar kedalam baki susu tadi. kacau 
6. masukkan honey dew yg da dipotong & sagu.
7. tak pn, uolss ley la decorate nk mcm mne sklipun..hehehe..ikot kretiviti uolss ye..

selamat mencuba~~~

PUDING JAGUNG KASTAD

ni plak nak share resepi

PUDING JAGUNG KASTAD YG OSHEM....hehehe

1 1/2 cwn tepung kastad
3 cwn air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin jagung (creamy)

CARA- CARA
1. bancuh tepung kastad & air (kacau hingga larut)
2. masak dengan api perlahan
3. tunag susu cair, gula & jagung..uolss kacau smpai jadi likat & pekat tau.. barula betul2 masak
4.tutup & tuangkan dalam bekas.
5. biarkan sedikit sejuk & letakkan dalam peti sejuk

ni la hasilnye...hehehehe..

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

todays.. iolss nk share resepi baru.. hehehehe

 RESEPI PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT SUPERB.. hehehehe....

BAHAN A:
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung kastad

BAHAN B:
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko @ 1s/k serbuk nescafe + 1 s/k coklat pes

BAHAN C:
5 s/b gula (dihanguskan)

CARA- CARA:
1. kacau bahan A & B secara berasingan di dalam bekas yg berasingan juga ye uolss...
2. sediakn periuk/saucepan utk wat caramel tu.. panas/ perangkan gula tapi jangan sampai hangus..letakkan sedikit air dan pastikan berhati- hati ye semase meletakkan air..sbb agk bhy bile kene gula..
3. masukkan bahan C ke dalam loyang, ratakan keseluruh loyang kemudian sejukkan.
4. panaskan periuk kukus.
5. masukkan adunan A ke dalam loyang yg telah diletakkan caramel td.. masak dlm masa 5 minit/ sehingga masak.
6. setelah masak, angkt dan masukkan adunan B, TETAPI sebelum masukkan adunan B, pastikan adunan A tu di carikkan sedikit utk melekatkan adunan A dan B ketika masak..
7. ulang adunan secara berselang seli sehingga habis.
8. sejukkan dan terbalikkan adunan yg telah sejuk tu ye...
9. potong dan hidang.... yeahhhhhhhhhhhhhh..da siap!!!!

ni la hasilnya.... selamat mencuba kawan2~