14/11/2014

resepi karipap pusing

hi pembaca blogger yg dikasihi...tq sebab sudi baca post sy..
this time sy nak share resepi karipap pusing kpd awk2 sume..hehehe..bnd simple n sgt mudah..tak susah .ley minum petang dan paling best sbb kite wat sndri..air tangan sendiri..kn????

okey..kat bawah ni adlah resepinya:

BAHAN 1:
 200 gm tepung gandum
100 ml air

BAHAN 2:
150 gm tepung gandum
70 gm marjerin / shortening (korng bolah pilih nk guna mana satu yer)

INTI:
5 biji kentang
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tbsp serbuk kari
2 tbs gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA- CARA:
1. Sediakan bahan 1, uli hingga jadi doh.kemudian rehatkan
2. sediakan bahan 2, uli menggunakan hujung jari hingga sebati dan jadikan doh.rehatkan.
3. kemudian, masak pula inti. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. masukkan serbuk kari yang telah dijadikn pes.setelah kari kelihatan sedikit garing dan pecah minyak. masukkan kentang yang telah direbus seketika kedalam periuk.. masukkan sedikit air, dan biarkan empuk.
4. ambil doh bahan1, canai hingga menjadi rata, letakkan bahan 2 ke dalam bahan 1. bulatkan hingga  menjadi sebiji bola. setelah itu, canaikan doh itu menjadi leper, dan gulungkan menjadi panjang. setelah digulung, lakukan langkah yg sama seperti awal iaitu canai kembali doh tersebut.
5. setelah dicanai, gulung kembali dan bolehla dipotong doh tersebut mengikut size yg anda kehendaki.
6. canai doh menjadi leper, dan bolehla diisikan inti dan klom doh tersebut.
7. akhir skali, anda bolehla menggoreng dan makan..~

okla...ni resepi tuk kli ni...nnt sy share len plk ye...

tq krn sudi membaca... :)

ni la hasil kerja sy semalam..

No comments:

Post a Comment